fbpx

Pemuda maut motosikal terbabas ketika mahu bersahur bersama rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN motosikal ditunggang Mohammad Danial Fadhan Mohd Fazli selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 135.5 Jalan Peserai di Batu Pahat malam tadi.

BATU PAHAT – Hasrat seorang pemuda untuk bersahur dengan 11 rakannya berakhir tragedi selepas dia terlibat dalam kemalangan di Kilometer 135.5 Jalan Peserai di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam itu ketika Mohammad Danial Fadhan Mohd. Fazli, 24, bersama 11 rakannya bergerak secara berkonvoi dari Pasir Gudang ke sebuah restoran di Peserai di sini.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Akibat daripada itu, mangsa mengalami kecederaan parah dibahagian dada dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.05 tengah malam ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat.

“Siasatan Polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana menunggang dengan melulu atau membahayakan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Shahrulanuar memohon kerjasama orang ramai jika mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini agar dapat tampil membantu siasatan.

“Mereka juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI