fbpx

Gelombang haba turut landa Kedah, Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas pada tahap dua iaitu amaran gelombang haba dengan suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius di sembilan kawasan hari ini.

Menurut MetMalaysia, selain Perlis, amaran gelombang haba dengan suhu diantara 37 hingga 40 darjah Celsius ini melibatkan beberapa kawasan di Kedah dan Perak yang melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Pokok Sena, Sik, Kota Setar, Baling, dan Hulu Perak.

“Jangkaan cuaca panas ini dijangka akan berlarutan sehingga tiga hari berturut-turut sehingga Selasa di kawasan-kawasan tersebut dengan ketiadaan taburan hujan yang dikesan setakat ini.

“Sementara itu, cuaca panas pada tahap satu iaitu amaran berjaga-jaga dengan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius juga dikesan di Kedah dan Perak yang melibatkan Pendang, Kuala Muda, Kuala Kangsar dan Kinta,” ujar MetMalaysia.

Walau bagaimanapun, MetMalaysia dalam kenyataannya juga berkata, cuaca cerah dan agak panas akan berterusan di Semenanjung sehingga menjelang petang.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya pada waktu tengah hari dan waktu puncak sekitar 3 hingga 4 petang,” ujar Metmalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI