fbpx

Digelar ‘vampire’, Sofia Jane kongsi rahsia awet muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIARPUN sudah berusia 52 tahun, pelakon Sofa Jane masih kelihatan muda. Foto- AFIQ RAZALI

KAJANG – Gara-gara wajah awet mudanya, aktres terkenal Datin Sofia Jane telah digelar ‘vampire’ kerana wajah yang tidak berubah meskipun usia sudah menjangkau angka 52 tahun.

Meski menolak pujian melambung yang diterimanya, akui aktres kacukan Melayu-Inggeris itu mengakui sehingga ke hari ini beliau sering menerima pertanyaan berhubung rutin kecantikannya.

“ ‘Vampire’, tidaklah, saya bukannya muda lagi, apa yang saya boleh katakan hanyalah terima kasih. Tetapi kebiasannya memang ramai orang bertanya saya pakai apa atau saya buat apa untuk kekalkan wajah begini.

“Orang tidak sedar kita adalah cerminan bagaimana kita hidup sebagai manusia dan apa yang kita inginkan selama hidup di dunia,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Disoal apakah rahsianya untuk kekal awet muda dan masih kelihatan cergas pada usia lebih setengah abad, bintang yang popular dengan filem Perempuan, Isteri dan…. itu mendedahkan beliau hanya mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Bagi saya perkara yang paling asas adalah kita cuba hidup sebaik mungkin, makan dan berolahraga sebaik mungkin.

“Itu sahaja kita mampu buat dengan harapan dapat umur yang panjang supaya kita oleh melakukan lebih banyak perkara-perkara hebat dan baik,” kongsi Sofia.

Sofia ditemui pada majlis bacaan Yassin sempena ulang tahun Allahyarham Tan Sri P. Ramlee di Masjid Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.

Menyentuh tentang perkembangan terbaharunya, Sofia bakal muncul dengan filem Mencari Ramlee bersama aktor Tony Eusoff dan Mimi Lana yang bakal ditayangkan pada tahun ini.

Meskipun sudah lama bersahabat baik dengan Tony, namun filem Mencari Ramlee adalah karya pertama yang menyatukan mereka berdua.

“Apa yang boleh dikatakan berlakon dengan sahabat sendiri sangat mudah kerana keserasian itu sudah ada. Walaupun saya sudah menonton hasil kerjanya, tetapi untuk filem ini dia membawa sesuatu yang berbeza,” kongsi Sofia tentang filem arahan pelakon Megat Shahrizal itu.

Selain filem Mencari Ramlee, tahun ini beliau bakal muncul dengan sebuah drama bersiri dan beberapa buah filem. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI