Zakiah menunjukkan inap desa miliknya yang mempunyai kolam menjadi pilihan anak perantau ketika pulang beraya di Kota Kuala Muda di Sungai Petani.

Inap desa jadi rebutan menjelang Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Kebanyakan inap desa di negeri ini dan Terengganu sudah penuh dengan tempahan penduduk tempatan dan perantau yang bakal pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Selain itu, tempahan inap desa yang mempunyai kolam menjadi pilihan utama perantau ketika pulang balik kampung.

Tinjauan Kosmo! mendapati kebanyakan inap desa terutama yang mempunyai fasiliti kolam renang sudah penuh bermula sehari sebelum hari raya pertama sehingga hari raya kelima.

Pengusaha Homestay Lot 614, Titi Kota, Zakiah Yaakub berkata semua fasiliti penginapan milik­nya telah ditempah sejak perte­ngahan tahun lepas untuk penginapan pada 10 April (hari raya pertama) hingga 15 April ini.

Katanya, pihaknya sediakan tiga jenis fasiliti penginapan yang boleh memuatkan seramai 40 orang dalam satu masa dengan kadar sewa bermula dari RM150 hingga RM1,600 untuk satu malam.

“Antara jenis penginapan yang disediakan adalah membabitkan sebuah unit inap desa tiga bilik, empat unit bilik penginapan untuk dua orang serta dua unit bilik penginapan untuk empat orang.

“Selain itu, kita juga mempunyai kemudahan kolam renang, surau, tapak parkir yang luas, ruang untuk memasak dan ruang makan dengan peralatan memasak yang lengkap,” katanya ketika ditemui di Kota Kuala Muda, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, pengusaha The Astana Idaman Homestay, Ashraf Azmi berkata sebuah inap desa yang dilengkapi kolam renang miliknya yang terletak di Bandar Astana di sini sudah ditempah bagi penginapan pada malam raya hingga hari raya keempat.

“Tempahan itu dibuat oleh perantau yang pulang beraya di kampung halaman mereka.

“Mereka dah buat tempahan sejak awal Januari lalu beserta bayaran deposit kerana bimbang tiada tempat menginap ketika pulang beraya,” ujarnya.

Dalam pada itu di Terengganu, seorang pengusaha inap desa, Salina Hassan berkata, berdasarkan maklum balas rakan pemain industri, semua inap desa telah habis ditempah kira-kira dua minggu sebelum ketibaan Ramadan lagi.

“Saya sendiri tidak menang tangan apabila 31 inap desa diusahakan berupa banglo (lapan unit), rumah teres (tiga) dan bilik (20) milik saya di sekitar bandar raya ini, Marang dan Kuala Nerus telah habis ditempah pelanggan sempena musim cuti perayaan Aidilfitri nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN