fbpx

Gaya Riang Raya di Sunway Carnival Mall hangatkan mood lebaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kempen Gaya Riang Raya yang dilancarkan di kompleks beli-belah terkemuka, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya di sini, bermula 14 Mac lalu.

SEBERANG PERAI – Kehangatan lebaran semakin dirasai menerusi kempen Gaya Riang Raya yang dilancarkan di kompleks beli-belah terkemuka, Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya di sini, bermula 14 Mac lalu.

Berlatar belakangkan suasana ala souk, ruang atrium dihiasi dengan pelbagai dekorasi berwarna-warni sekali gus membangkitkan ‘mood’ pengunjung yang membeli-belah di kompleks terbabit.

Pengurus Besar Sunway Carnival Mall, Chai Wen Yew berkata, pihaknya ingin memastikan orang ramai merasai kemeriahan dalam kesibukan melakukan persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Izhar Shah (dua,kiri) dan Wen Yew sempena perasmian Gaya Riang Raya di Sunway Carnival Mall, semalam.

Menurutnya, pelanggan turut berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik yang disediakan malah bermacam aktiviti turut disediakan sepanjang tempoh kempen terbabit.

“Kempen Gaya Riang Raya ini bermula dari 14 Mac sehingga 14 April depan dan menerusi konsep ala souk ini, bazar dan gerai dihiasi dengan corak unik disulami dengan warna-warna ceria yang menghangatkan suasana.

“Pengunjung juga berpeluang merakamkan gambar kenangan di setiap sudut dekorasi yang tersedia. Selain itu, kami turut menggunakan bahan terbuang seperti beg guni rempah yang ditransformasikan menjadi dekorasi unik di ruangan atrium,” katanya ketika merasmikan Gaya Riang Raya di kompleks beli-belah berkenaan, di sini semalam.

Perasmian tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah.

Mengulas lanjut, Wen Yew berkata, antara aktiviti menarik yang disediakan khusus buat pengunjung ialah bengkel kraftangan kanak-kanak, persembahan angklung, gamelan dan tarian kebudayaan Melayu.

Tambahnya, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Agensi Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut menganjurkan Agrofiesta Aidilfitri di kompleks beli-belah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI