fbpx

Ujian DNA 6 ketul tulang diketahui dalam dua minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI penemuan enam ketul tulang yang dikaitkan mempunyai kaitan kes bunuh Bella.

BATU PAHAT – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap enam ketul tulang yang ditemui berdekatan lokasi penemuan rangka Bella, di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini, dijangka diketahui dalam satu atau dua minggu lagi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, ketika ini pihaknya masih menunggu laporan kimia terhadap sebahagian tulang ditemui selepas dihantar ke Jabatan Kimia, 29 Februari lalu.

Beliau berkata, ujian itu dilakukan bagi mengesahkan sama ada keenam-enam tulang terbabit kepunyaan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Samsusah, ataupun individu lain.

Pada 28 Februari lalu, enam ketul tulang iaitu bahagian paha, tulang betis dan tulang keting ditemukan berhampiran lokasi penemuan rangka Bella, berdekatan rumah sewa terbiar di Tongkang Pechah.

Ketika ditanya berkaitan status siasatan berhubung ugutan terhadap kakak Bella, Norhisham, 36, tiga hari lalu, Ismail berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Jika sudah kenal pasti pemilik akaun terbabit, baru kita jalankan siasatan seterusnya termasuk ke atas pelaku seperti yang didakwa dalam laporan polis 17 Mac lalu,” katanya ketika sidang akhbar rampasan mercun di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI