fbpx

Penoreh getah didakwa beri pinjaman wang tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penoreh getah mengaku dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas pertuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada seorang lelaki di daerah Jempol, tiga tahun lalu. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

KUALA PILAH – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memberi pinjaman wang tanpa lesen kepada seorang lelaki di daerah Jempol, tiga tahun lalu.

Tertuduh, K Parthiban, 45 mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menjalankan perniagaan sebagai pemberi pinjaman wang tanpa lesen kepada seorang lelaki berusia 35 tahun dengan jumlah RM6,500 pada 15 Mac 2021 dan 1 Julai 2021 di Ladang Kok Foh Mill, Jempol.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh dalam rayuannya memohon pengurangan wang jaminan berikutan perlu menyara keluarga serta menanggung bapanya yang sakit.

Mahkamah seterusnya membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 22 April ini sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI