fbpx

Mangsa terselamat tragedi bot karam Sungai Baleh meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Moses Ngui

KUCHING – Seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi bot karam di Sungai Baleh, Kapit pada 7 Mac lalu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Rohana Nanu berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian mangsa, Moses Ngui, 47, pada pukul 3.35 petang.

“Beliau (mendiang) dimasukkan ke HUS pada pukul 2 petang kelmarin dan disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUS semalam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau memberitahu punca kematian mendiang Moses dipercayai kerana radang paru-paru yang teruk kesan daripada kejadian bot karam tersebut.

Dengan kematian mendiang Moses itu, ia menjadikan kesemua lima mangsa tragedi bot karam berkenaan meninggal dunia.

Dalam tragedi pada 7 Mac lalu, empat mangsa hilang, manakala seorang lagi terselamat selepas bot dinaiki mereka karam ketika membawa bahan letupan seberat 35 kilogram.

Keempat-empat mangsa termasuk dua anggota polis ditemukan dalam keadaan terapung. Mereka ialah Sarjan Jonathan Lambet, 51, Amerson John Nain, 47, Jack Balan, 44, dan Konstabel Iskandar Ibrahim, 28. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI