fbpx

Rebut kawasan seliaan keselamatan motif kejadian tembak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya (tengah) menyaksikan penyerahan tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara di antara Mohd. Khairi (kiri) dan Mohd. Rahimi di Dewan Kilat TNB, Klang. - Foto MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Perebutan kawasan seliaan keselamatan dipercayai menjadi punca seorang penyelia pengawal keselamatan ditembak dalam kejadian di pekan Kapar, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, motif tersebut hasil siasatan awal termasuk keterangan yang diambil daripada mangsa berusia 46 tahun.

“Bukan disebabkan pergaduhan kumpulan kongsi gelap. Kes itu difahamkan disebabkan perebutan kawasan seliaan keselamatan. Usaha sedang giat dilakukan memburu suspek, Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh,” katanya ketika ditemui pemberita malam ini.

Terdahulu, beliau menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara antara Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie kepada
Superitenden Mohd. Rahimi Zainol selain majlis berbuka puasa bersama media.

Menurut Vijaya, semakan turut mendapati mangsa yang telah dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) mempunyai kes jenayah lampau berkaitan kes dadah.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penyelia pengawal keselamatan ditembak daripada jarak dekat dalam kejadian di pekan Kapar di sini.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI