fbpx

Beri kerja pembekalan kepada syarikat anak, pembantu sekolah direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh dengan diiringi penguat kuasa SPRM - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang pembantu tadbir kanan sebuah sekolah di negeri ini direman tujuh hari selepas dipercayai memberikan kerja pembekalan sekolah bernilai RM125,158.01 kepada syarikat milik anaknya pada 2020.

Perintah reman sehingga 25 Mac itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni terhadap suspek wanita berusia 54 tahun.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.35 pagi tadi dengan diringi anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wanita itu ditahan kira-kira pukul 2.40 petang semalam selepas hadir ke pejabat SPRM Melaka untuk memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek dipercayai menggunakan jawatannya untuk memberikan kerja pembekalan dan perkhidmatan sekolah sepanjang 2020 kepada syarikat milik anaknya yang mana dia mempunyai kepentingan.

Berdasarkan siasatan awal, nilai kerja-kerja pembekalan itu berjumlah RM125,158.01 dan dipercayai terdapat lagi kerja-kerja pembekalan bagi 2019, 2021 dan 2022 dengan menggunakan modus operandi yang sama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI