fbpx

Sesi persekolahan 2026 kembali bermula Januari – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, KPM juga sudah merancang kalendar akademik persekolahan tahun depan untuk dimulakan pada Februari 2025.

“Kawalan dan perancangan ini dibuat bagi memastikan sesi persekolahan pada tahun 2026 dapat bermula pada bulan Januari sehingga Disember.
“Pada masa yang sama, KPM perlu memastikan bahawa penyediaan kalendar akademik adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (penggal, hari dan cuti sekolah) 1998 (Pindaan) 2021 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd. Misbahul Munir Masduki sama ada kementerian berhasrat mengembalikan semula kalendar persekolahan bermula sesi baru Januari sehingga Disember.

Dalam pada itu, Kah Woh berkata, KPM akan memastikan kalendar akademik yang disediakan memenuhi tempoh pengajaran dan pembelajaran secara optimum iaitu antara 32 hingga 36 minggu bagi menyelesaikan keseluruhan kurikulum persekolahan.

Menurutnya, takwim peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) turut diselaras sepenuhnya.

“Penjajaran kepada jadual peperiksaan awam juga akan dilaksanakan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI