fbpx

Nafas dicadang jadi pengimport alternatif beras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dicadangkan untuk menjadi pengimport alternatif kepada Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) sebagai usaha menangani isu kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran.

Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuaray esok.

Menurutnya, ia kerana Nafas mempunyai kemampuan untuk mengeluar dan mengedar beras tempatan kerana mempunyai kemudahan seperti kilang, pusat pemberian dan lesen borong.

“Penglibatan awal daripada perjanjian tanah sehinggalah kepada pengeluaran dan pengedaran beras mampu dibuat oleh Nafas.

“Insya-Allah, Nafas akan bersama-sama dalam membantu kerajaan untuk berhadapan dengan tekanan kartel dan menjual beras pada harga munasabah supaya kos sara hidup dapat dikurangkan,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, pihaknya masih tetap dengan cadangan dikemukakan sebelum ini iaitu beras akan dijual pada harga RM30 bagi 10 kilogram (kg).

“Paling penting ialah bagaimana kita nak menyelesaikan masalah rakyat. Pasal nama ini soal kedua, tapi saya cadangkan nama (Beras Putih Malaysia Madani) supaya sesuai dengan kerajaan yang ada sekarang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI