fbpx

[VIDEO] Gajah betina rempuh Porsche cedera di kaki dirawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SETIU – Seekor gajah betina yang cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah, Porsche Cayenne malam tadi berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu di Kampung Telaga Papan di sini hari ini.

Haiwan liar berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun itu ditangkap di sebuah kebun kelapa sawit pada pukul 11.30 pagi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pemeriksaan awal mendapati gajah seberat kira-kira dua tan tersebut mengalami kecederaan luaran pada bahagian kakinya.

“Begitupun pemeriksaan lanjut terhadap tahap kesihatan gajah terbabit akan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Sekiranya tidak mempunyai sebarang kecederaan parah, haiwan tersebut akan dipindahkan ke habitat semula jadi bersesuaian dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Online hari ini melaporkan seorang pengurus syarikat cemas selepas kenderaan Porsche Cayenne dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu – Kampung Raja berhampiran Kampung Kolam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sewaktu kemalangan pada pukul 10.15.malam itu, mangsa, Sharul Azma Che Samaon, 42, dikatakan dalam perjalanan pulang ke Lembah Bidong dari Rhu Sepuluh di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI