fbpx

Jadi bahan, ramai pakat kaburkan wajah sebab Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Natijah kehangatan nama Ruhainies, kini satu Malaysia ibaratnya terikut trend hendak mengaburkan wajah demi sebuah publisiti.

Situasi sebegitu berlaku sejak semalam apabila ramai pihak ‘menyertai’ trend kabur wajah selepas sebuah jenama produk kesihatan bertindak mengaburkan wajah Ruhainies dalam video iklan mereka.

Berbanding jenama pertama yang mengaburkan wajah pelakon genit, trend yang berlaku pula sebaliknya apabila barisan penyampai radio segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin namun memilih untuk mengaburkan wajah Azad Jasmin atau Pak Azad dalam sebuah video mereka.

Paling lucu, usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang menjemput Ruhainies dalam video publisiti barangan kulit jualannya memilih mengaburkan wajah sendiri tetapi tidak wajah artis jemputannya.

Di sebalik kelucuan tersebut, ramai juga berpendapat Aliff sengaja menumpang populariti daripada kisah sensasi kes tangkap khalwat Ruhainies dengan pelakon Aliff Aziz baru-baru ini.

Bukan sahaja dunia hiburan, Pasar Raya Mydin turut tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam trend tersebut dengan mengaburkan wajah Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin dalam sebuah video iklan mereka.

Semalam, sebuah jenama produk kecantikan popular mengambil tindakan mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan sempena Ramadan dan Aidilfitri.

Wakil syarikat menegaskan tindakan sedekimian bagi mengelak salah faham selain enggan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang berkelakuan buruk atau terbabit dalam sebarang kontroversi.

Video iklan produk tersebut turut menggabungkan dua selebriti lain iaitu Wany Hasrita dan Hisyam Hamid.

Terdahulu nama Ruhainies dan Aliff Aziz menjadi bualan hangat susulan tangkapan khalwat di kediaman Ruhainies sebelum mereka dibawa ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibebaskan dengan jaminan pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI