fbpx

Baru puasa, lagu raya Alamak Raya Lagi sudah viral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELUM seminggu berpuasa, lagu raya kumpulan De Fam kini popular dalam media sosial.

BELUM seminggu berpuasa, lagu raya sudah melekat dalam kepala.

Ternyata ‘formula’ lagu raya milik kumpulan De Fam berjudul Alamak Raya Lagi berjaya menambat hati ramai sehingga tular dalam media sosial sejak dilancarkan.

Kedengaran catchy dan mudah melekat dalam kepala, Alamak Raya Lagi mengetengahkan genre pop dengan selitan elemen tradisional dan dangdut, berjaya menambat hati ramai.

Bukan mudah untuk orang ramai jatuh cinta dengan lagu raya alaf baru, itu antara komen yang diberikan terhadap lagu nyanyian Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana berkenaan.

“Teruk betul lagu ini melekat dalam kepala, mantap De Fam!

“Lirik mudah diingati, lagu pun tak rasa menyampah nak dengar, seronok!” puji netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI