fbpx

MR D.I.Y. lancar filem web Sama-Sama Melangkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar filem web terbaharu MR D.I.Y. sempena Aidilfitri.

PETALING JAYA – Peruncit perkakas rumah kegemaran rakyat Malaysia, Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) kembali dengan filem web Hari Raya Aidilfitri yang baharu dilancarkan, bertajuk ‘Sama-Sama Melangkah’.

Filem web berdurasi empat minit itu tersedia untuk ditonton di platform YouTube, Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi MR D.I.Y.

Ia mengisahkan seorang pemuda bernama Rahmat, yang bertungkus-lumus mencari nafkah untuk keluarga; ibu, isteri, dan anak perempuannya Aisha.

Kerana kerjayanya memerlukan dia berpindah dari kampung ke bandar, Rahmat dengan berat hati terpaksa menghantar ibunya ke rumah orang tua.

Walaupun tetap mengekalkan hubungan baik dengan ibu melalui panggilan telefon, dia amat kesal kerana tidak mampu menjaganya sendiri kerana tuntutan masa dan saiz ruang yang terhad di rumah mereka.

Satu kejadian berlaku, menyebabkan anak perempuannya menuduh Rahmat mengabaikan ibunya, yang menyebabkan kenangan silam Rahmat bersama ibu kembali semula, membuatkan dia berasa kesal kerana mengabaikan beliau.

Filem itu berakhir dengan Rahmat meminta maaf kepada ibunya, dan mereka sekeluarga kemudiannya meraikan Hari Raya yang dengan penuh meriah.

Mengulas mengenai filem web perayaan ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pihaknya percaya dengan kuasa penceritaan, dan bagaimana ia boleh menyatukan orang ramai.

“Filem ini meraikan hubungan yang mendalam antara ibu dan anak lelaki, dengan fokus akan kepentingan mengetepikan perbezaan untuk membina hubungan kekeluargaan yang kukuh dan mencipta kenangan yang kekal seumur hidup.

Kami menggesa setiap rakyat Malaysia untuk memanfaatkan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini untuk berhubung semula dengan keluarga dan orang tersayang untuk mencipta detik perayaan yang penuh bermakna,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI