fbpx

Mogok Lapangan Terbang Berlin: Tengku Zafrul batalkan pertemuan bersama BMW di Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Tengku Zafrul di aplikasi X hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz terpaksa membatalkan pertemuan dengan dua syarikat gergasi Jerman, BMW dan ams Osram akibat kejadian mogok yang berlaku di Lapangan Terbang Berlin.

Tengku Zafrul melalui satu kenyataan di X hari ini berkata, beliau dan delegasi dari MITI sepatutnya bertemu wakil dua syarikat tersebut di Munich, namun terpaksa terus ke Hamburg kerana kejadian tersebut.

“Saya sepatutnya ke Munich untuk bertemu wakil syarikat BMW dan ams Osram, tetapi disebabkan mogok di lapangan terbang Berlin, delegasi MITI terus ke Hamburg dan mesyuarat terpaksa diteruskan secara video call sahaja.

“Kedua-dua syarikat ini telahpun bertapak di negara kita dan perbincangan kami berkisar tentang perancangan masa depan mereka,” tulis beliau hari ini.

Katanya lagi, MITI sentiasa bersedia untuk mendengar dan memudahcara keperluan para pelabur di Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI