fbpx

Ahmad Zahid ganti PMX pengerusi Mesyuarat Jemaah Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggantikan Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada setiap Jumaat.

Ahmad Zahid melalui hantaran di laman sosial Facebook sebentar tadi berkata, penggantian tersebut merupakan kali pertama bagi beliau kerana Perdana Menteri ketika ini berada di Jerman atas urusan tugas rasmi negara.

“Pagi tadi kali pertama buat pertama kali tahun ini, saya mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalankan tugas rasmi negara di Jerman.

“Semoga apa yang dapat diperhalusi dan dibincangkan sebentar tadi mendapat kelebihan untuk rakyat nikmati dan memberi kemakmuran yang luas buat negara. Insya-Allah,” tulis beliau.

Anwar kini berada di Jerman dalam rangka lawatan rasmi negara bersama pemain industri di negara tersebut selain membincangkan beberapa isu dunia termasuk isu Palestin. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI