fbpx

Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja kedai serbaneka Petronas menyusun akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia yang dijual setiap hari di kedai itu.

PETALING JAYA – Sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) di Semenanjung Malaysia diseru untuk melanggan akhbar utama berbahasa Melayu iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian.

KPM dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut sebagai usaha untuk memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada.

“KPM percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI