fbpx

[VIDEO] Masjid baca laju, pemuda semangat tunai solat tarawih 20 rakaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian Aftha di laman TikTok beliau mengenai pengalamannya solat tarawih di Masjid Setia Alam yang tular, semalam.

PETALING JAYA – “Disebabkan solat di sini laju dan pantas, saya lebih bersemangat untuk habiskan 20 rakaat solat sunat tarawih bersama tiga rakaat witir”.

Begitulah kata seorang pemuda yang berkongsi pengalaman menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Setia Alam, Selangor menerusi sebuah hantaran di laman TikTok @afthabinyusha.

Menurut Aftha, ini merupakan kali pertama dia berjaya melakukan solat tarawih sebanyak 20 rakaat.

“Masjid ini paling bagus, paling laju. Dia punya laju tu, saya sampai bersemangat untuk buat 20 rakaat solat tarawih.

“Saya tahu masjid ini memang laju. Jadi tahun ini, saya ambil keputusan untuk sembahyang di sini dan buat 20 rakaat terus sekali dengan solat sunat witir tiga rakaat.

“Alhamdulillah, ini kali pertama saya berjaya solat 20 tarawih rakaat,” katanya.

Aftha berkata, walaupun masjid tersebut dapat menyelesaikan solat tarawih 20 rakaat dalam masa dua jam, solat masih dilakukan dalam keadaan teratur dan tamakninah.

“Di sini, lajunya bukanlah terlalu laju tetapi masih tertib dan ada tamakninah.

“Saya berharap, dengan tularnya video ini, meriahlah Masjid Setia Alam sepanjang bulan Ramadan. Memang terbaik,” katanya.

Kini, video tersebut telah menerima 49,200 tanda suka dan 681,700 tontonan. – KOSMO! ONLINE

@afthabinyusha Kalau fyp video ni penuh lah masjid setia alam ni sepanjang terawih 2024 #ramadan #ramadan2024 #terawih #marhabanyaramadhan ♬ Ramadan (Arabic Version) – Maher Zain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI