fbpx

Lelaki berakit hanyut di tengah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Anggota penyelamat di Pattaya menyelamatkan seorang gelandangan yang hanyut di tengah laut, di atas rakit yang diperbuat daripada botol plastik, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi (waktu tempatan) semalam apabila pengendali bot laju ternampak seseorang duduk di atas rakit. Ia terletak kira-kira 2.4 kilometer dari Jeti Bali Hai.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada kepada Agensi Pencegahan Bencana Marin Pattaya sebelum ia menghantar pasukan untuk menyelamatkan mangsa.

Lelaki gelandangan tersebut berusia 53 tahun dan dikenali sebagai Somkiat.

Ia hanyut di atas rakit yang dibuat daripada pelbagai botol plastik.

Terdapat juga beberapa helai pakaian, minuman dan makanan di sampingnya.

Lelaki itu keletihan dan tidak dapat mendayung untuk melawan arus deras yang telah menghanyutkannya dari pantai. 

Pasukan penyelamat berjaya memindahkan mangsa di atas bot mereka sebelum menunda rakit tersebut kembali ke tempat selamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI