fbpx

Sindiket edar dadah tumpas, dua ahli ditahan bersama 5kg syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas tertangkapnya dua ahlinya di Nilai semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, bertindak atas maklumat, jam lebih kurang 1.50 pagi dalam menjalankan tugas Ops Tapis, sepasukan polis kontinjen negeri menahan sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna putih ditempat letak kereta hadapan Pejabat KWSP Nilai, Bandar Baru Nilai.

“Kereta berkenaan dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 40-an. Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menjumpai lima bungkus dadah jenis syabu dengan anggaran berat 5.23 kilogram.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek lelaki didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan nilai rampasan syabu dan sitaan adalah sebanyak RM172,625 dan dipercayai dibekalkan ke sekitar Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut beliau, hasil semakan rekod kesalahan lampau mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod kesalahan narkotik dan dua rekod kesalahan jenayah.

“Kedua-dua suspek kini di tahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Selasa depan. Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI