fbpx

Padah kutip, simpan pedang samurai di tempat buangan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Gara-gara menyimpan dua bilah pedang samurai yang ditemui di kawasan pembuangan sampah, seorang lelaki ditahan dalam pemeriksaan di Taman Puchong Permai di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek yang menaiki kenderaan jenis Honda Accord itu ditahan anggota polis dari Balai Polis Bukit Puchong kira-kira pukul 3 pagi.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan telah menjumpai dua bilah pedang samurai yang disimpan di bahagian tempat duduk penumpang belakang dan but,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua pedang itu diambil suspek dari kawasan pembuangan sampah, Puchong Jaya.

“Semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah dan tidak dikehendaki.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan suspek telah dituduh di bawah Seksyen 7(1)(a) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berjadual 1958 (Akta 357),” katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membawa sebarang senjata di tempat awam.

“Pihak polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI