fbpx

Ajaran The Ahmadi: KDN fokus unsur ancaman, ketenteraman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberitahu beliau bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkait isu ajaran ‘The Ahmadi, Religion of Light and Peace’ (Ahmadi – Agama Keamanan dan Cahaya).

“Saya sentiasa menghubungi Datuk Dr. Naim, kerana beliau lebih mempunyai kredibiliti dalam soal akidah khususnya.

“Fokus beliau meminta pertolongan Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah sekiranya ada unsur penyebaran menyebabkan ancaman dan ketenteraman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian PDRM Special Dialogue 2024 di Maktab PDRM Cheras, di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, pihak polis akan mengambil tindakan seterusnya sekiranya wujud ancaman sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Terdahulu media melaporkan ajaran sesat itu dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara.

Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau turut menyaksikan sendiri penstriman langsung itu seterusnya mengarahkan JAKIM dan JAWI untuk memantau ajaran yang jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Katanya, pihaknya turut memandang serius ajaran berkenaan kerana bimbang ia akan mempengaruhi generasi muda.

Mohd Na’im juga berharap mendapatkan kerjasama MCMC untuk memantau ajaran yang disebarkan melalui sosial media tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI