fbpx
SAIFUDDIN beramah mesra dengan penuntut di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat hari ini. Foto ADNAN IBRAHIM.

PRN Johor: KDN bantu pekerja Malaysia di Singapura balik mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membantu rakyat negeri Johor yang bekerja di Singapura dapat pulang menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 nanti.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat pada 12 Jun ini, sebelum menghebahkan tentang tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Katanya, KDN khususnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta agensi berkaitan akan mengambil maklum keputusan itu kerana jika hari mengundi ditetapkan pada hari Sabtu atau Ahad mempunyai kesan berbeza kepada rakyat negeri Johor yang bekerja di sana.

“Jika hari Sabtu, ada yang bekerja dan KDN akan melakukan apa sahaja yang boleh membantu serta memudahkan mereka mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu nanti,” katanya kepada pemberita ketika hadir dalam Program Citra Negara, Menteri Dalam Negeri: Sekolah Selamat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Batu Pahat di sini hari ini.

Ditanya berkaitan calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRN Johor ke 16, Saifuddin menyatakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah pun menerima nama calon yang dihantar oleh kepimpinan diperingkat cabang dan negeri.

“Saya percaya DAP dan Amanah juga akan membuat yang sama. Cuma untuk memuktamadkannya itu harus melalui Presidential Council. Tapi oleh karena Perdana Menteri baru semalam berlepas ke Tokyo tiga hari dan apabila dia balik nanti saya akan dapatkan tarikh yang paling awal untuk keputusan itu bagi memuktamadkan dari segi pengesahan pembahagian kerusi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN