fbpx

Polis kesan peragut tular terjatuh lepas jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular insiden ragut rantai leher di pekan Lukut, di sini, semalam.

PORT DICKSON – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian ragut di pekan Lukut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya mengesan video tular berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 5.52 petang semalam di Facebook (Port Dickson Area).

Menurutnya, dalam video berdurasi 46 saat itu, suspek telah terjatuh selepas meragut seutas rantai leher yang berlaku di hadapan sebuah kedai makan di pekan Lukut.

“Mangsa adalah seorang lelaki berusia 32 tahun. Kejadian tersebut berjaya di rakam oleh seorang pemilik kereta melalui kamera papan pemuka sebelum cuba mengejar suspek berkenaan namun gagal.

“Suspek yang merupakan seorang lelaki telah melarikan diri ke kawasan perumahan berdekatan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tambah Aidi Sham, orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menyalurkan kepada Pegawai Penyiast Kes Inspektor Nurul Nabilah Kamal di talian 013-7488968 atau Gerakan IPD Port Dickson di talian 06-647 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI