fbpx

Intai dalam seluar, Watie, Shuib menggelikan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETERBUKAAN Shuib dan Watie bermanja sehingga sanggup berkongsi video seluk tengok apa dalam seluar disifatkan netizen sebagai perilaku tidak senonoh dan geli untuk dipertonton kepada umum.

BUKAN Diva sahaja, rupa-rupanya ramai betul yang sakit mata melihat gelagat manja pasangan suami isteri, Shuib dan Watie baru-baru ini.

Dalam sebuah video, terkejut netizen melihat Shuib melakukan aksi ‘terpaling’ terbuka terhadap Watie yang menjadi duta produk pelangsingan badan iaitu dengan menarik dan mengintai ke dalam seluar isterinya untuk mengukur saiz pinggang wanita itu yang semakin langsing.

Memanglah suami isteri, tetapi bukankah tak sopan aksi sebegitu ditunjukkan kepada umum. Anak-anak tengok pun boleh rosak retina mata. Tak elok untuk tatapan umum.

“Ada perkara yang tak patut dibuat oleh suami isteri di hadapan orang awam. Jagalah aib masing-masing.

Fahamlah, mungkin itu berbayar tapi Shuib dan Watie pun patut berhati-hati dan fikir panjang sebelum melakukan sesuatu hal. Jangan promosi barang lebih penting dariada maruah!

DIVA: Terfikir, baik rupa-rupanya hubungan Adira dengan Bella Astillah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI