fbpx

RM1.5 juta baik pulih kuarters, surau polis – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (gambar) ketika lawatan dan ramah mesra ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, petang tadi. Foto IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi kerja naik taraf dan penyelenggaraan kuarters serta surau Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pulau Pinang.

Beliau berkata, peruntukan RM1 juta itu meliputi penambahbaikan di kuarters perumahan polis di Seberang Jaya manakala RM500,000 bagi naik taraf surau di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam.

“Saya dimaklumkan surau memerlukan beberapa kemudahan seperti pendingin hawa (aircond) dan insya-Allah sebelum Jumaat, saya akan luluskan setengah juta untuk surau di sini dan RM1 juta untuk perumahan polis.

“Difahamkan perumahan polis pun banyak juga yang perlu diselenggara. Diharap ia dapat beri keselesaan tempat tinggal kepada anggota-anggota serta menjalankan ibadah dalam keadaan yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika menghadiri Program Lawatan dan Ramah mesra ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini, hari ini.

Pada program sama, beliau turut mengadakan lawatan di sekitar kawasan IPD terbabit termasuk perumahan pegawai dan anggota PDRM.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan PDRM untuk menangkas jenayah seksual yang semakin berleluasa ketika ini.

Katanya, beliau percaya Razarudin mampu menggalas tanggungjawab itu dalam memastikan kesemua anggotanya memberi kerjasama baik untuk mengekang jenayah terbabit.

Tambahnya, jenayah gangguan seksual jenayah terhadap anak-anak, wanita terutama yang muda oleh keluarga sendiri, guru, penjaga, ustaz di maahad tahfiz dan sekolah masih dilapor berleluasa.

“Kita perlu bertindak tegas tanpa tolak ansur dan saya minta kerjasama rakan-rakan, saudara-saudara anggota polis ini supaya lebih tangkas. Jangan jadikan negara ini tempat merosakkan kerana akhlak rendah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI