fbpx

Penerbangan tergendala penumpang ‘gatal tangan’ baling duit dalam enjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pesawat-pesawat China Southern Airlines. - Foto AFP

BEIJING  – Penerbangan komersial milik China Southern Airlines terpaksa ditangguh lebih empat jam selepas seorang penumpangnya membaling beberapa keping duit syiling ke dalam enjin pesawat, lapor laman berita simple flying semalam.

Insiden dilaporkan oleh media China itu melibatkan sebuah penerbangan domestik berdurasi 3 jam 40 minit dari Sanya di wilayah Hainan menuju ke Beijing.

Dalam video dikongsi media tempatan,  kru pesawat itu dilihat menyoal penumpang yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut.

Individu yang identitinya tidak didedahkan media China itu ditanya berapa banyak syiling telah dibaling ke dalam enjin. 

Penumpang tersebut menjawab: “Tiga hingga lima (duit syiling)”. Media pemerintah tidak mengenal pasti penumpang tersebut.

Polis lapangan terbang kemudian menahan penumpang terbabit.

Pesawat sama akhirnya berlepas ke Beijing selepas duit syiling itu berjaya dikeluarkan.

Setakat ini tidak diketahui jika ada pertuduhan yang akan dikenakan terhadap individu tersebut atau jumlah denda yang akan dikenakan terhadapnya. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI