fbpx

[VIDEO] Sanggup tinggalkan semuanya demi bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Muqmin mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga bapanya yang kini terlantar.

PETALING JAYA – Seorang pemuda sanggup berhenti kerja dan meninggalkan segala komitmen hidup di bandar untuk pulang ke kampung di Jerteh, Terengganu bagi menjaga bapanya yang kini terlantar akibat strok.

Abdul Muqmin Mazni, 23, berkata, dia menjaga bapanya, Mazni Abdul Hamid bersama kakaknya yang bekerja sebagai kerani di kampung manakala ibunya sudah meninggal dunia enam tahun lalu akibat kanser payudara.

“Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menjaga ayah walaupun dia kini terlantar, sedangkan orang lain seusia saya sibuk mengejar cita-cita masing-masing.

“Setiap kali aku suap, di situ juga ayahku menangis dan aku menahan sebak,” katanya dalam satu hantaran di TikTok.

Menurut Muqmin, dia bersyukur kerana melalui video rutin harian menguruskan bapanya telah memberi inspirasi dan membuka mata orang ramai supaya menghargai pengorbanan orang tua selagi mereka masih bernyawa.

“Setiap kali video adik lalu, mesti tersentuh. Hebatnya awak boleh jaga ayah awak sebegitu,” komen Fa.

“Terbaik kau dik, sekeras-keras hati aku, tersentuh sampai menitis air mata tengok kau layan ayah kau dengan begitu baik, semoga Syurga tempat untuk kau,” komen ShahOth.

Meninjau ke ruangan komen, rata- rata terharu dengan keikhlasan pemuda tersebut menguruskan makan dan pakai ayahnya dan mula mengingatkan mereka memori bersama ibu bapa masing-masing.

“Bila aku tengok video dia, sumpah aku sedih gila teringatkan arwah datuk dan saya jaga dia sama macam awak jaga ayah awak” ujar salah seorang pengguna.

“Macam ayah saya, empat tahun saya jaga dan korbankan masa depan saya sehingga arwah ayah saya pergi,” kata Eddy Fadzil.- KOSMO! ONLINE

@gemux_official sesungguhnya janji Allah itu pasti semuanya sudah diatur olehnya #Allahsayang #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fyp ♬ suara asli – nama palsu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI