fbpx

Nurul Izzah dilantik sebagai Pengerusi SERI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah.

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai pengerusi baharu Social & Economic Research Initiative (SERI), hari ini.

Menurut kenyataan, pelantikan tersebut diharapkan dapat mengukuhkan komitmen SERI untuk terus memperjuangkan isu sosial dan ketidaksamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Nurul Izzah adalah seorang penjawat awam, aktivis politik dan penggubal undang-undang yang terkenal. Beliau juga sering memperjuangkan isu kesaksamaan ekonomi dan sosial untuk rakyat Malaysia.

“Malah, beliau (Nurul Izzah) juga mempunyai rekod prestasi yang bagus serta komited dalam menangani isu keadilan sosial, sejajar dengan misi SERI,” katanya.

Menurut SERI, Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bakal berkerjasama rapat dengan lembaga penasihat baharu iaitu Dr. Jasmine Begum, Chong Kai Wooi dan Profesor Sanjeev Krishna yang merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula organisasi tersebut.

“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Nurul Izzah ke pasukan SERI yang pastinya bakal memberikan impak positif kepada organisasi.

“Kami yakin bahawa pandangan dan kepimpinan beliau akan menyumbang kepada usaha kami dalam mempromosikan kesamarataan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

SERI berkata, penstrukturan semula yang melibatkan pelantikan pakar dalam pelbagai bidang dapat membantu memperkuat objektif organisasi dalam mengasah lima isu pembangunan utama di Malaysia.

“SERI telah memulakan penstrukturan baharu ini dengan mengadakan forum penyelidikan Wanita dalam Tenaga Kerja, selaras dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

“Dalam acara tersebut, kami meraikan peranan wanita dalam tenaga kerja dan membincangkan isu utama yang dihadapi oleh kaum hawa dalam pekerjaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI