fbpx

Liga Europa: Trofi Europa pelengkap quadruple Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL menyasarkan trofi Liga Europa musim ini bagi melengkapkan impian mereka meraih empat gelaran pada kempen kali ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap pertemuan menentang Sparta Prague pada aksi pusingan 16 terbaik awal pagi esok bakal membuktikan betapa serius pasukan dalam usaha memburu gelaran quadruple musim ini.

Sebagai rekod, skuad The Reds kini berada di landasan terbaik untuk menjulang trofi quadruple selepas menang saingan Piala Liga Inggeris (EFL), selain berada di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.

Malah, Liverpool turut mara ke pusingan suku akhir Piala FA musim ini, tetapi telah diundi menentang seteru tradisi, Manchester United dengan perlawanan dijadualkan berlangsung minggu depan.

Menurut Klopp, fokus utama yang barisan pemain perlu berikan adalah aksi bertemu Sparta kerana dijangka boleh memberikan kesukaran buat pasukan dalam usaha mara ke peringkat suku akhir nanti.

“Saya anggap Sparta salah satu pasukan yang berkualiti dalam kancah Liga Europa kali ini dan anda boleh lihat bagaimana mereka singkirkan Galatasaray di pusingan playoff yang lepas.

“Liga Republik Czech pula semakin berkembang dan saya percaya barisan pemain bersedia untuk berikan yang terbaik pada perlawanan itu nanti,” katanya.

Skuad The Reds dilihat agak tempang selepas hampir 10 pemain utama masih cedera seperti Mohamed Salah, Trent Alexander-Arnold, Curtis Jones, Thiago Alcantara, Ryan Gravenberch dan Joel Matip. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI