fbpx

[VIDEO] ‘Ada simpan gambar bini pertama dalam ni ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di akaun TikTok.

PETALING JAYA – Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan pempengaruh media sosial, Mira yang berani mempersoalkan sama ada View Chin menyimpan gambar isteri pertamanya atau tidak.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun @viewteam_view, kelihatan Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah pada mulanya menyelongkar beg View Chin untuk mengetahui kandungan di dalamnya.

Mira kemudiannya membuka zip dompet View Chin sambil bertanyakan jika lelaki tersebut ada menyimpan gambar isteri pertama View Chin iaitu Shermine Ah Moi.

“Gambar bini pertama ada dalam dompet ni ke? Okey, tak ada,” kata Mira.

Sebelum itu, Mira turut mengeluarkan sekeping sekeping gambar dirinya bersama View Chin yang di simpan di dalam beg tersebut.

Justeru, ramai yang meluahkan rasa marah kerana menganggap Mira tidak mempunyai hak untuk mempersoalkan tentang Shermine Ah Moi kepada View Chin.

“Awak kena sedar, awak yang rampas suami orang. Boleh pula tanya bekas isteri View Chin tanpa rasa serba salah,” komen Biy.

“Mira tak ada hak nak sebut apa-apa tentang isteri pertama View Chin,” komen Nicole.

“Dia buat macam dia pulak yang kena tikam padahal dia yang merampas dahulu,” komen Adawiyah pula.

Sehingga kini video tersebut telah mendapat 701,300 tontonan, 31,500 tanda suka dan 78 perkongsian.

Sebelum ini, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya di media sosial.

Berdasarkan perkongsian Shermine, dia mendakwa View Chin curang dengan seorang pekerja dikenali sebagai Mira semasa dia dalam pantang.

Pada masa sama, wanita itu juga turut mendedahkan dia dikasari oleh suaminya semenjak perniagaan mereka tular di TikTok dan kerap membuat siaran langsung bag mempromosikan produk mereka. – KOSMO! ONLINE.

@viewteam_view Nak buat content,sekali benda lain yang jadi😱 #fypシ #shouldbeme #viewteam ♬ original sound – View Team

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI