fbpx

Jerman pemain industri pertama dijemput sertai Majlis TVET Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika berucap di Majlis Penasihat Industri (IAC). Landskap Malaysia - Ke Arah TVET Profesional di German Malaysia Institute (GMI), Bangi, Selangor hari ini. - Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

BANGI – Malaysia menjemput penyertaan wakil pemain industri Jerman untuk menganggotai Majlis Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) negara untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam membentuk kerjasama secara antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, salah seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) daripada syarikat Jerman akan dinamakan untuk berkejasama menyumbang idea yang bersesuaian dengan program TVET Malaysia.

“Pihak pemain industri daripada Jerman telah menawarkan diri untuk menyumbang dari segi ilmu pengalaman dan teknologi berkaitan institusi TVET di Malaysia.

“Maka ketika di Berlin, Jerman, saya telah menjemput daripada Dewan Perniagaan dan Industri Jerman (DHIK) di Malaysia untuk menghantar wakil di dalam TVET negara

“Duta Jerman akan berbincang dengan mereka dan salah seorang CEO daripada syarikat Jerman akan dinamakan untuk ‘duduk’ dalam Majlis TVET negara,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penasihat Industri (IAC) Landskap Malaysia – Ke Arah TVET Profesional di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, beliau juga akan menjemput lain-lain industri daripada beberapa negara luar yang telah mempunyai institusi TVET untuk bersama dalam Majlis TVET Malaysia.

“Ini untuk mewujudkan keterangkuman supaya mereka bukan sahaja berkongsi ilmu-ilmu baharu dan teknologi baharu dengan kita.

“Pada waktu sama syarikat-syarikat mereka yang berada di Malaysia boleh menandatangani perjanjian untuk mengambil pekerja lepasan TVET untuk bekerja di syarikat mereka dengan gaji premium sekurang-kurangnya RM3,500,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid ketika berucap di Dewan Rakyat memaklumkan Malaysia berjaya membentuk kerjasama dengan lebih 238 syarikat swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dengan institusi TVET pada tahun 2023.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih daripada 10,000 perjanjian di bawah Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dengan Kementerian Pendidikan Tinggi telah ditandatangani.

“Ertinya ada 10,200 syarikat yang telah menjalin hubungan untuk melaksanakan TVET dan juga mengambil lepasan TVET untuk menjadi tenaga kerja di syarikat yang berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI