fbpx

Tiket penerbangan domestik dicadang kekal caj SST 6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke ketika sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Tambang AirAsia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Airasia RedQ, hari ini. FOTO FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat ini akan memutuskan sama ada caj cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak enam peratus bagi tiket penerbangan domestik dikekalkan atau sebaliknya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau telah menerima permohonan daripada syarikat penerbangan tempatan untuk mengekalkan kadar enam peratus SST itu.

Beliau berkata, pihaknya akan membawa cadangan itu kepada Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ia diputuskan oleh Jemaah Menteri.

“Kenaikan kadar SST daripada enam ke lapan peratus sudah dimulakan. Bagaimanapun, saya akan bincang dengan MOF mengenai cadangan itu dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

“Buat masa ini, tiket penerbangan domestik tertakluk kepada caj SST enam peratus. AirAsia ada berbincang dengan saya supaya caj itu dikekalkan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan tambang tetap AirAsia sempena Hari Raya Aidilfitri, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes berkata, cadangan untuk mengekalkan kadar SST itu penting memandangkan industri penerbangan tempatan belum pulih sepenuhnya selepas pandemik Covid-19.

Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, syarikat penerbangan tempatan dibenarkan untuk mengenakan levi bahan api mampan (SAF) sebaik selesai pindaan Peraturan-Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 pada April ini.

Katanya, pindaan tersebut akan dilakukan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan sebaik ia dilaksanakan, kadar levi itu akan ditetapkan oleh syarikat penerbangan berkenaan bukannya oleh kerajaan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI