fbpx

Remaja 15 tahun ditahan miliki senjata api tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki ditahan selepas gambarnya sedang memegang alat menyerupai senjata api di tingkap blok sebuah kondominium di Jalan Kayu Madang tular. FOTO Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Seorang remaja lelaki ditahan selepas gambarnya sedang memegang alat menyerupai senjata api di tingkap blok sebuah kondominium di Jalan Kayu Madang tular.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek berumur 15 tahun berkenaan ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di rumahnya di kondominium sama pada pukul 5.36 petang.

“Kita menerima maklumat mengenai gambar tular di kumpulan WhatsApp daripada orang awam mengenai seorang penghuni remaja sedang menggunakan alat menyerupai senjata api di tingkap kondominium di Jalan Kayu Madang.

“Susulan laporan itu, sepasukan polis menjalankan pemeriksaan ke atas rumah suspek dan hasil pemeriksaan menemui satu laras senjata tiruan menyerupai AK47 iaitu senjata blester dan sepucuk pistol tiruan.

“Suspek turut mengakui melakukan perbuatan tular itu pada 2 Mac lalu kira-kira pukul 9 pagi bertempat di tangga rumah dan membelinya di sebuah kedai di bandar raya dengan harga RM158 dan RM54,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zaidi memaklumkan pasukan polis kemudiannya membuat serbuan ke atas kedai menjual senjata tiruan di sebuah kompleks beli- belah selepas bertindak atas maklumat diperolehi.

“Sejumlah senjata tiruan telah berjaya dirampas selain turut menahan seorang lelaki dan wanita masing-masing berumur 15 dan 19 tahun yang bekerja di premis berkenaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI