fbpx

Jenazah pesilat, Wan Muhammad Haikal selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamsah menyiram air mawar pada pusara anaknya, Wan Muhammad Haikal yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selinsing, Jertih, Besut, Terengganu semalam.

BESUT – Jenazah pesilat Sukma Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 20, yang meninggal dunia setelah rebah sewaktu bertanding kejohanan silat di Seremban, Negeri Sembilan kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, Jertih di sini malam tadi.

Sebelum dikebumikan pada pukul 10 malam, jenazah Wan Muhammad Haikal telah disolatkan di Masjid Al-Huda berhampiran rumahnya di Kampung Alor Selinsing.

Upacara pengebumian tersebut dihadiri lebih 200 orang termasuk rakan pesilat serta ibubapanya, Wan Hussin Wan Ishak, 61, dan Hamsah Omar, 52.

Terdahulu, Wan Muhammad Haikal rebah sewaktu menghadapi peserta dari Johor pada peringkat suku akhir Kejohanan Silat Pra-Sukma Negeri Sembilan di Sikamat, Seremban pada 2.30 petang kelmarin.

Atlet prospek pingat Terengganu bagi Sukan Malaysia (Sukma) yang bakal diadakan di Sarawak pada Ogos depan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada pukul 1.20 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din memberitahu, punca kematian Wan Muhammad Haikal disebabkan pendarahan pada bahagian otak.

Beliau berkata, percakapan penganjur dan saksi-saksi lain akan diambil pada masa terdekat bagi melengkapkan siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI