fbpx

Tempah baju raya, bukan baju kahwin – Riena Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Riena menegaskan dirinya ke butik milik pereka terkenal untuk membuat tempahan baju raya, bukannya busana perkahwinan.

PETALING JAYA – Didakwa bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat susulan kerap berkunjung ke sebuah butik busana pengantin, pelakon Riena Diana bertegas masih solo dan langsung tidak mempunyai calon suami.

Menafikan dakwaan tersebut, Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariba Diana Zulreal, 27, itu, berkata, kunjungan ke premis berkenaan tiada kaitan dengan perancangan perkahwinan dan baju pengantin sebaliknya menguruskan tempahan baju raya.

“Saya rasa kalian semua sudah salah faham. Kenapa ramai yang hantar mesej langsung (DM) dekat i dan ucapkan tahniah? Ramai yang cakap saya nak kahwin.

“Alahai, saya ni ‘bakal’ pun belum ada, logiknya nak kahwin dengan siapa? Tak kan nak kahwin dengan diri sendiri.

“Saya pergi ke sana sebab nak buat baju raya bukan baju kahwin. Bertenang okay,” jelasnya menerusi hantaran video dalam Instagram Story.

Spekulasi bermula apabila Riena sebelum itu memuat naik sekeping foto yang memperlihatkan dirinya sedang berada di butik milik Ari Wedding Couture.

Keberadaannya di tempat tersebut mencetuskan tanda tanya orang ramai apalagi butik berkenaan cukup terkenal dalam menghasilkan rekaan busana pengantin buat deretan selebriti.

Meskipun sebelum ini pernah menegaskan enggan lagi mengulas tentang perkahwinan selepas kisah cintanya retak di tengah jalan namun pelakon Kampung People itu kali ini dilihat cukup terbuka menjawab kekeliruan yang timbul tanpa melenting.

Terdahulu, pada bulan Ogos tahun lalu, Riena memaklumkan sudah kembali solo selepas hubungan dengan bekas kekasih yang dikenali sebagai Afiq berakhir. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI