fbpx

DUN Selangor: Lebih RM700,000 kompaun dikeluarkan kepada pencemar alam sekitar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Lebih RM700,000 kompaun telah dikeluarkan kepada penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sungai di Selangor sepanjang 2021 hingga tahun lalu.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, ini menunjukkan peningkatan berbanding jumlah kompaun yang dikeluarkan bagi tempoh tahun 2017 hingga 2020 adalah kurang daripada RM10,000.

Katanya, ini membuktikan tahap keseriusan kerajaan negeri dalam memastikan kelestarian alam sekitar terutama sungai daripada sebarang pencemaran.

“Pada beberapa tahun ini, berdasarkan maklumat daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati isu pencemaran terjadi disebabkan banyak pengilang dan industri tidak mempunyai kesedaran berkaitannya.

“Kita telah menjalankan (pemeriksaan) dan kompaun lebih serius dan banyak dengan buktinya (melalui kompaun itu) banyak pencemaran sungai telah berjaya diturunkan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Terdahulu, Dr. Afif Bahardin (PN-Taman Medan) dalam soalan tambahannya ingin mengetahui statistik jumlah pesalah yang telah ditangkap dan dihukum dibawah Enakmen LUAS (pindaan) 2020.

Berdasarkan pindaan tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tahun dan denda hingga RM1 juta, sekiranya disabitkan kesalahan.

Ketika menjawab soalan Leong Tuck Chee (PH- Pandamaran) sama ada setuju hukuman penjara adalah jalan terbaik kepada penjenayah alam sekitar berbanding kompaun, Jamaliah menegaskan beliau secara peribadi bersetuju namun setiap jenis hukuman dan penalti mempunyai proses tertentu.

“Sekiranya lakukan pertuduhan lebih panjang dan kita tidak boleh bergantung kepada pertuduhan sahaja (dalam menghukum penjenayah alam sekitar).

“Sekiranya ada kes berat, kita ambil tindakan dan menentukan pertuduhan tersebut adalah terletak dibawah agensi terlibat. Perlu juga ada bukti dan saksi dan bagaimana boleh tuduh dan peratusan memenangi kes tersebut.

“Namun, kita kena lihat pada kes kecil juga. Selain kompaun, kita juga keluarkan notis dan LUAS sendiri tahun ini mencadangkan pelaksanaan galakan kesedaran ini LUAS tahun ini cadang laksanakan Zero Discharge Policy dan Polluters Pay Principle,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI