fbpx

Tukang gunting rambut bunuh ibu guna tukul besi, safety boot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengusung mayat mangsa di Kampung Jawa, Klang, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Seorang tukang gunting rambut bertindak di luar kawalan apabila mengamuk sebelum membunuh ibu kandungnya selepas berlaku perselisihan faham antara mereka di rumah mereka di Kampung Jawa, Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa yang berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipukul dengan menggunakan tukul besi dan kasut keselamatan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa yang merupakan suri rumah tinggal bersama suaminya berusia 62 tahun dan suspek.

“Suspek dipercayai memukul ibunya menggunakan sepasang kasut jenis ‘safety boot’ dan sebatang tukul besi sebelum melarikan diri.

“Lelaki itu berjaya diberkas kurang dua jam kemudian di tempat kerjanya di Taman Sentosa, Klang.  Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Iqbal berkata, permohonan reman terhadap suspek yang mempunyai tiga rekod jenayah dan dadah akan dibuat di mahkamah di sini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI