fbpx

Ringgit bakal mengukuh pada RM4.20 tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asas ekonomi negara yang stabil memberi petunjuk bahawa ringgit akan kembali mengukuh. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Nilai ringgit dijangka kembali mengukuh pada paras antara RM4.20 hingga RM4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat pada tahun ini atau tahun depan, berdasarkan asas ekonomi negara yang dilihat masih kukuh.

Pengarah Urusan Capital ­Dynamics Sdn. Bhd., Tan Teng Boo berkata, ketika perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan Amerika Syarikat adalah ­antara faktor yang ­mempengaruhi kedudukan ringgit, ia hanya ­faktor yang bersifat sementara dan bukan perkara utama yang bakal menentukan nilai ringgit dalam jangka masa panjang.

“Perkara paling penting yang menentukan nilai ringgit adalah daya kompetitif Malaysia.

“Secara umumnya, saya bersetuju bahawa kedudukan ringgit sekarang terkurang nilai,” kata­nya pada sesi bersama media di sini semalam.

Menurut beliau, bagi me­ningkatkan nilai ringgit, Malaysia perlu mengembalikan daya kompetitifnya di mata global dan antara perkara utama untuk memacu perkara tersebut adalah penambahbaikan dalam pendi­dikan dan pembangunan modal insan.

Jelasnya, terlalu banyak ­institusi pengajian tinggi ketika ini yang menawarkan Ijazah ­Sarjana Muda dan kerajaan perlu ­memfokuskan kepada pembangunan tenaga pakar pada peringkat lebih tinggi seperti Ijazah ­Sarjana dan ijazah Doktor Falsafah (PhD), selain sektor kemahiran.

Pada masa sama, beliau berpandangan golongan yang menuding jari kepada Kerajaan Madani sebagai punca kejatuhan ringgit adalah mereka yang hanya mahu bermain politik memandangkan kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat dan dolar Singapura telah berlaku dalam tempoh hampir 40 tahun lamanya.

“Dalam lebih setahun meme­rintah, tidak banyak yang boleh dilakukan. Penurunan ringgit berlaku sepanjang kerajaan ­sekarang berkuasa pun tidaklah begitu banyak sebenarnya,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI