fbpx

KKR, MOSTI jalin kerjasama jayakan program Sandbox, perkasa MYJalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (kiri) ketika mengadakan perjumpaan bersama pihak MOSTI.

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya (KKR) berhasrat melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerjasama berkenaan bakal menyelesaikan pelbagai isu berkaitan jalan raya, termasuk perabot jalan.

Menurut beliau, ia selari dengan aspirasi Malaysia Madani yang menekankan transformasi digital.

“KKR akan jalin kerjasama bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi dalam aspek penyelenggaraan infrastruktur jalan dan pembinaan.

“Program Sandbox ini akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu menerusi pertemuan bersama Alexander dan barisan tertinggi KKR, semalam.

Antara pencapaian yang diketengahkan termasuk Sandbox Pembinaan bersama Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) dan Kotak Pintar Lebuhraya Pintar bersama Plus Malaysia Berhad (Plus).

“Kedua-dua Sandbox ini membantu menyelesaikan masalah di lapangan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat,” ujarnya.

Selari aspirasi program MYJalan, KKR dan MOSTI juga berbincang peluang kerjasama bagi inisiatif Sandbox dalam mengetengahkan teknologi dan inovasi bagi menyelesaikan isu-isu penyelenggaraan jalan raya termasuk pengawalseliaan.

“Melalui Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREATE) dan CREAM, yang menerajui kajian dan inovasi sektor penyelenggaraan infrastruktur dan pembinaan, pelbagai hasil inovatif telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Produk-produk ini berpotensi untuk diketengahkan dan digunakan secara meluas oleh sektor-sektor yang terlibat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI