PETALING JAYA – Seorang lelaki membawa motosikal dengan membonceng di atas tempat duduk motosikal lain ditunggang rakannya, sekali gus menarik perhatian pengguna media sosial dan mengundang pelbagai reaksi.
Menerusi video tular dikongsikan pengguna Thread Nik Aiman, difahamkan motosikal berkenaan mengalami kerosakan dan dia kemudian membawanya dengan membonceng satu lagi motosikal ditunggang oleh rakannya.
Terdapat beberapa lagi penunggang lain di belakang mereka dipercayai rakan-rakan penunggang dan pembonceng motosikal tersebut.
“Walawei, dia boleh angkut gitu. Bahaya woo, semoga selamat sampai,” menurut kapsyen Nik Aiman.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas selain ada yang berpendapat kemungkinan lelaki itu sanggup membawa motosikal dengan cara begitu disebabkan tiada bengkel terdekat serta tidak sanggup meninggalkan kenderaannya.
“Bukan nak cakap, tapi kalau lelaki minat motor ni, lain sikit perangai dia. Apa pun dia sanggup,” komen pengguna Thread Qilahamn.
“Orang kampung aku siap angkut enjin kereta pakai motosikal serupa gini. Member tu buka bengkel kereta,” komen Keisukeakito.
“Semangat setia kawan tu yang bagus. Pergi 10, balik pun kena cukup 10,” komen Miroe93. – KOSMO! ONLINE
View on Threads














