fbpx

Dewan Rakyat: Operasi LTAT tidak terjejas tiga pengurusan kanan letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Peletakan jawatan tiga pegawai pengurusan kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak mengganggu operasi serta perkhidmatan LTAT.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya memberi malah jaminan LTAT masih beroperasi dan bergerak seperti biasa.

“Sebagai langkah susulan, jawatan Ketua Eksekutif LTAT yang kosong kini dipangku oleh Ketua Pegawai Kewangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Mohammad Ashraf Md. Radzi berkuat kuasa serta merta.

“Bagi jawatan Pengerusi LTAT, tugas tersebut kini dipangku oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang merupakan Timbalan Pengerusi LTAT, Datuk Seri Isham Ishak.

“Bagi organisasi seperti LTAT, pelantikan tanggung tugas ini bukan perkara yang pelik. Ia pernah dilaksanakan sebelum ini,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) berkenaan tindakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan terhadap peletakan jawatan beberapa pegawai kanan LTAT baru-baru ini.

Tiga pengurusan kanan LTAT meletak jawatan baru-baru ini ialah Pengerusi, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Ketua Eksekutif, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan Pengarah Kanan Strategi LTAT, Dayana Rogayah Omar.

Mohamed Khaled berkata, pada masa ini LTAT sedang memuktamadkan calon yang layak dan berkredibiliti untuk mengisi jawatan Ketua Eksekutif LTAT dalam kalangan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Ujar beliau, Kementerian Pertahanan komited untuk terus memantau dan memastikan operasi serta strategi yang telah dirancang bagi menjadikan LTAT sebagai sebuah dana persaraan yang mampan diteruskan sewajarnya.

“Fokus Kementerian Pertahanan dan LTAT untuk memastikan nilai wang simpanan anggota ATM terus dilindungi dan berkembang di samping memastikan kestabilan dan kelestrian dana pelaburan LTAT bagi tempoh jangka masa panjang.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin), beliau memaklumkan penentuan dividen LTAT masih dalam proses di peringkat Lembaga LTAT untuk diluluskan di peringkat Menteri dan Kementerian Kewangan.

“Apabila telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan maka barulah akan diumumkan. Insya-Allah untuk tahun lepas dividen tahun ini akan diumumkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI