fbpx

Selangor tubuh pasukan khas tangani El Nino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (kanan) meninjau Stesen Pam Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya hari ini. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Kerajaan Selangor menubuhkan satu pasukan khas bagi menangani fenomena El Nino yang diramal lebih teruk melanda negara pada Julai tahun depan dan 2026.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negara Izham Hashim berkata, ia diketuai Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan dibantu agensi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

“Pasukan khas itu dibentuk bagi melihat pengurusan bekalan air di Selangor terutama ketika berdepan kemarau lebih teruk dijangka pada tahun depan dan 2026 nanti.

“Perkara itu amat penting kerana bekalan bukan saja untuk diminum namun bagi keperluan pertanian dan faktor lain,” katanya selepas meninjau Stesen Pam Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Menurut Izham, jawatankuasa itu turut berfungsi melaporkan sebarang perkembangan situasi bekalan air kepada Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) Selangor.

Ujarnya, ini termasuk isu banjir, kemarau, kumbahan dan semua yang berkaitan dengan bekalan air.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, pemerhatian pihaknya mendapati paras air di tujuh empangan dan 600 kolam takungan masih terkawal. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI