fbpx

Bomba tubuh jawatankuasa siasat kematian anggota lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kakitangan JBPM Terengganu pada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji JBPM Terengganu di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengenalpasti punca kejadian lemas yang meragut nyawa seorang anggotanya pada Jumaat lalu.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, penubuhan jawatankuas khas berkenaan juga bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) agensinya untuk mengelak insiden sama berulang pada masa depan.

Beliau berkata, siasatan jawatankuasa khas terbabit dijangka mengambil masa dua minggu untuk dilengkapkan dengan punca kematian anggota berkenaan buat masa ini diklasifikasi sebagai mati lemas.

“JBPM mempunyai manual atau SOP sendiri dan dalam konteks kes ini, siasatan akan dibuat secara mkenyeluruh bagi menilai situasi yang menjurus kepada insiden lemas tersebut.

“Jawatankuasa khas ini kemudian boleh bertindak dengan hasil siasatan yang diperolehi bagi memperkemaskan lagi SOP melibatkan seluruh pegawai dan anggota JBPM,” katanya di sini semalam.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Sijil 30 Tahun dan Sijil Khidmat Terpuji JBPM Terengganu.

Beliau mengulas insiden lemas melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Mohd. Izwan Illias, 42, sewaktu menyelenggara bot penyelamat di Jeti Pengkalan Marin JBPM Mak Mandin, Pulau Pinang pada
22 Februari lalu.

Mayat mangsa kemudian dijumpai selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Pekan Darat, Butterworth pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI