fbpx
Anggota bomba membawa keluar mayat mangsa di lokasi kemalangan di KM194.7 WCE arah Utara di Sitiawan hari ini. - Foto IHSAN JBPM

Dua maut lori ayam terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANJUNG – Dua lelaki maut setelah lori membawa muatan ayam terbabas di Kilometer (KM) 194.7 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Utara di Sitiawan dekat sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.11 pagi tadi.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Hino membawa muatan ayam telah terbabas dan terbalik di bahu jalan. Terdapat dua mangsa lelaki telah terkeluar dan tersepit di tepi lori. Kedua-dua mangsa telah disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini hari ini.

Mangsa yang maut ialah seorang lelaki dewasa berbangsa india berumur 45 tahun dan lelaki dewasa warga Vietnam berumur 30-an.

Sabarodzi berkata, ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa tersepit.

Katanya, anggotanya menggunakan peralatan rescue tool dan seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal pada pukul 11.10 pagi dan tamat sepenuhnya pukul 11.32 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN