fbpx
Anggota bomba sedang mengeluarkan ibu jari bayi berkenaan yang tersepit pada 'baby walker'.

Bayi 7 bulan tersepit jari 20 minit pada ‘baby walker’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan berdepan detik cemas kira-kira 20 minit apabila ibu jari kanannya tersepit pada ‘baby walker’ dalam sebuah rumah di Kampung Suara Kapar di sini, hari ini.

Kejadian menimpa bayi berkenaan diketahui kira-kira pukul 12.41 tengah hari selepas pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai empat anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bertugas telah berjaya mengeluarkan jari mangsa dengan selamat dengan menggunakan peralatan khas,” katanya hari ini.

Mangsa kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarganya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN