fbpx

‘Bukan roti burger, tetapi doh donat yang dibakar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Donat bakar yang dijual di sebuah pasar malam di Kelantan.

PETALING JAYA – Pekerja sebuah gerai donat yang didakwa menggunakan roti burger tampil menafikan dakwaan yang dibuat oleh orang ramai baru-baru ini.

Menurut salah seorang pekerja gerai itu, donat tersebut dibakar, bukannya digoreng seperti kebiasaannya.

“Donat itu bukanlah roti burger yg ditebuk, tetapi memang donat bakar. Doh roti yang dibuat lubang sebelum dibakar.

“Apa yang dikatakan (orang ramai) adalah tidak benar sama sekali,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial apabila terdapat pengguna berkongsi sekeping gambar memaparkan donat bersalut coklat yang dikatakan roti burger.

Difahamkan, donat tersebut dijual di sebuah pasar malam di Bachok, Kelantan.

Perkongsian gambar itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan ada yang mendakwa tindakan peniaga tersebut diibaratkan seperti menipu pelanggan.

Untuk info, donat biasanya diperbuat dengan menggunakan tepung gandum, yis, dan beberapa bahan lain. Makanan itu digoreng sebelum disalut dengan gula halus atau bahan manisan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI