fbpx

Aiza, gadis cantik pasang impian genggam PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GADIS cantik asal Kuala Lumpur ini impi lelaki yang menghormatI wanita.

GADIS berasal dari Kuala Lumpur, Aiza Firzanah Mohd. Tarmizee, 23, bukan sahaja pelajar pintar malah memiliki rupa paras ayu sehingga berjaya menggamit peluang dalam dunia peragaan.

Bagaimanapun pelajar jurusan Sarjana Muda Perancangan dan Pembangunan Pelancongan itu tidak mudah tenggelam dalam keasyikan dunia glamour sebaliknya fokus merancang masa depan.

Mesra disapa Aiza, gadis yang gemar menari dan mewarna ini berkongsi kepada Kosmo! Ahad latar belakang kehidupannya kepada pembaca.

Kosmo! Ahad: Kenalkan diri Aiza?
AIZA: Dilahirkan dan dibesarkan di kota metropolitan ini. Saya merupakan anak ketiga daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan.
Buat masa ini, Aiza merupakan pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Hobi di masa lapang Aiza?
Saya suka mewarna, sejak kecil didedahkan ibu bapa dengan buku untuk kami adik-beradik membaca atau mewarna. Hobi tersebut kekal sehingga hari ini.
Selain itu, Aiza juga gemar menari terutama tarian tradisional. Saya sudah mula belajar menari sejak berusia 10 tahun dan masih aktif mewakili universiti.
Jika ada kelapangan, Aiza tidak lepaskan peluang karaoke bersama keluarga atau kawan-kawan selain menghabiskan masa bermanja bersama 10 ekor kucing yang dibela.

Apakah perancangan masa depan Aiza?
Zaman sekarang ilmu sa­ngat penting lebih-lebih lagi buat ­wanita, jadi Aiza memasang azam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi sehingga doktor falsafah atau PhD.

Pencapaian Aiza dalam akademik?
Sebelum ini, ketika di pe­ringkat diploma, Aiza beberapa kali berjaya mendapat nilai gred purata (CGPA) 4.0. Projek tahun akhir pula dua kali diiktiraf terbaik. Keputusan itu menaikkan semangat saya untuk terus me­nuntut ilmu dan membanggakan keluarga.

AIZA mula belajar menari sejak berusia 10 tahun.

Pendapat Aiza tentang istilah beauty with brain?
Sudah tentu sangat pen­ting untuk wanita hari ini menjadi bijak, mampu berfikiran kritis dan tidak hanya bergantung kepada paras rupa cantik sahaja.
Begitupun bukan menjadi keutamaan Aiza mengejar status menjadi wanita cantik yang bijak di sisi masyarakat.
Sebalik­nya, saya cintakan ilmu di samping sentiasa menjaga penampilan diri.

Ciri-ciri lelaki idaman Aiza?
Saya suka lelaki yang manja, kelakar dan pandai menyesuaikan diri dengan orang tua.
Paling penting sekali, lelaki itu harus menghormati wanita dan ahli keluarga Aiza.

Fakta menarik tentang Aiza?
Dua tahun lepas saya mendapat peluang berjinak-jinak dalam dunia peragaan termasuk menjadi model untuk jenama tudung terkenal tetapi kini saya lebih fokus pelajaran dan mahu menamatkan pengajian terlebih dahulu.

Pendapat Aiza tentang isu lambakan graduan?
Bagi Aiza salah satu punca disebabkan institusi pengajian sama ada awam atau swasta tempatan menawarkan terlalu banyak program atau jurusan sama sehingga menyebabkan graduan sukar mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan kerana saingan terlampau tinggi.
Apapun, kita harus mempunyai matlamat sebagai panduan bagi mengharungi pancaroba hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI